Inilah Saya, anda siapa? HAB

22 11 2009

<p>بسم الله الرحمن الرحيم

Sidang pembaca yang dirahmati Allah swt, sesungguhnya anda adalah hamba Allah swt yang terpilih di sisiNya.

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah swt untuk berjuang membela Islam, maka di antara mereka ada yang telah selesai menunaikan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran : dan mereka pula tidak mengubah apa yang mereka janjikan itu sedikitpun.” Surah Al-Ahzab : 23

“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru : Sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk ALlah swt tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerah diri.

Inilah saya, anda pula siapa?” As-syahid  Imam Hassan Al-Banna

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih  – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) Ash-Shams : 9-10

Ad-deen Islam membangun melalui jihad generasi silam yang berlandaskan asas-asas yang kukuh iaitu keimanan kepada Allah swt, mengenepikan kesenangan hidup yang sementara  kerana mengutamakan kehidupan yang kekal abadi, berkorban dengan darah, nyawa dan harta demi menegakkan kebenaran, cintakan mati pada jalan Allah swt dan semua ini didahului dengan berlandaskan pimpinan Al-Quran al-karim.

Janganlah kamu berputus asa kerana ia bukan sifat orang Islam. kenyataan hari ini adalah impian semalam dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Masa masih panjang dan anasir-anasir yang baik dan kuat masih ada dalam diri ummah kamu yang beriman walau bagaimana dahsyat sekalipun kedurjanaan yang melanda. Orang yang lemah tidak selama-lamanya akan lemah sepanjang hidupnya. Manakala orang yang kuat tidak selamanya akan kuat.

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya. Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu. “ Al-Qasas : 5-6

Masa mencipta pelbagai peristiwa yang penting. peluang akan tiba untuk melakukan sesuatu yang besar. Dunia sedang menanti da’wah kita iaitu da’wah yang memimpin, membawa kejayaan dan kesejahteraan untuk membebaskan mereka daripada segala kepahitan yang mereka alami selama ini. Kini tiba gelaran kamu untuk memimpin ummah manusia.

Kamu mengharap Allah swt dan mereka tidak. bersedialah dan mulalah beramal hari ini kerana mungkin esok kamu tidak lagi berupaya.

Saya sampaikan pesanan buat mereka yang bersemangat di kalangan kamu supaya mereka bersabar dan menunggu pusingan masa.

Saya sampaikan pesanan kepada mereka yang tidak mahu bangkit dan beramal bahawa jihad ini tidak mengenal erti rehat.

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. “ Al-Ankabut : 69.

Sentiasalah mara ke hadapan. Allah Maha Besar dan segala pujian buat Allah swt.






REMAJA RAI RAMADHAN – PESANAN UMI

2 09 2009

Aura Positif Merungkai Tekanan Emosi Remaja

Realiti Emosi Remaja

Pada muka depan sebuah surat khabar terpampang tajuk utama “Pelajar Bunuh Diri” yang telah mengejutkan ramai rakyat Malaysia. Artikel ini mengisahkan seorang pelajar yang mengambil langkah untuk membunuh diri disebabkan tekanan yang menggunung kerana memperoleh keputusan yang tidak memuaskan. Tajuk ini berjaya mengetuk pintu kebanyakan minda rakyat Malaysia untuk mendalami faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi dan juga tekanan fizikal. Justeru, apakah langkah yang terbaik dalam usaha menangani masalah tekanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar lain yang mungkin mempunyai buah fikiran yang sama?

Sesungguhnya, kebanyakan masalah bermula dari pelajar itu sendiri. Pengawalan emosi yang sistematik adalah satu langkah utama yang harus dititik beratkan oleh setiap pelajar. Satu kajian mendapati emosi tanpa kawalan akan memberi kesan negatif kepada jantung dimana pengeluaran hormon stres, peningkatan keperluan jantung kepada oksigen dan kecenderungan darah khususnya darah platlet untuk membeku akan meningkat. Jangan biarkan emosi menjadi seperti “membakar kelambu kerana memarahi nyamuk”. Hal demikian ini adalah kerana manusia yang gagah bukanlah dia yang mampu mengalahkan lawannya tetapi dia yang mampu mengawal perasaan marahnya. Emosi yang diberikan oleh Tuhan juga bukan untuk diletup-letupkan tetapi untuk dikawal supaya ia dapat disalurkan ke tempat yang betul.
Pemakanan juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan masalah tekanan emosi pelajar. Contoh ; ayam yang diternak dalam masa yang singkat diberikan hormon tumbesaran yang memaksa anak-anak ayam membesar merentasi masa tumbesaran normal mengakibatkan stress kepada tubuh anak-anak ayam. Apabila ayam-ayam ini membesar dengan tekanan, maka manusia yang memakan daging ayam itu juga menerima tekanan yang sedikit demi sedikit menjadi darah daging. Dalam masa yang sama, anak-anak ayam juga diternak di dalam reban yang terkurung dan sempit yang memuatkan lebih kurang tiga puluh ekor ayan dalam satu meter persegi. Di United Kingdom, pakar pemakanan sedang berusaha melakukan promosi memakan ayam yang dibela bebas dan membesar secara normal dengan pemakanan organik yang dipanggil “Free Range Chicken”. Begitu juga dengan susu segar yang diimpot. Kajian bahagian farmasi di Malaysia juga telah menemui hipotesis awal pemberian hormon penghasilan susu segar yang banyak oleh lembu-lembu betina menyumbang kepada penambahan pesakit barah payudara di kalangan wanita dan remaja di Malaysia. Secara normal susu hanya dihasilkan oleh lembu-lembu betina yang melahirkan anak. Justeru bagi memaksimakan penghasilan susu segar, hormon diberikan kepada lembu-lembu betina untuk menghasilkan susu walaupun tidak beranak. Badan lembu-lembu mengalami tekanan untuk menghasilkan susu, begitu juga situasi yang dihadapi oleh manusia apabila meminumnya. Stres mengakibatkan sel-sel badan bertindak abnormal yang boleh menyebabkan barah.

Langkah Bermula – Aura Positif Hati Insan Yang Mengenal Allah
Penyerahan kepada Tuhan yang Maha Esa juga merupakan salah satu cara untuk mengawal tekanan yang dihadapi dalam hidup. Doa yang dipohon dengan hati yang suci dan ikhlas akan memberi impak yang sangat besar ke dalam diri. Dalam Al-Quran, surah al-Baqarah Allah swwt telah berfirman :
“Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentangKu, katakanlah Aku hampir dengan mereka. Aku perkenankan permintaan mereka yang berdoa kepadaKu. Justeru, hendaklah mereka memperkenankan permintaanKu dan hendaklah beriman kepadaKu. Semoga mereka mendapat petunjuk.”

Maka, luangkanlah sedikit masa untuk duduk menghambakan diri, bermunajat kepada Tuhan dan memohon pertolongan dan bimbingan daripadaNya. Ini dapat membantu dalam pemantapan dalaman seseorang pelajar itu. Pada masa yang sama, doa juga menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.
Pakar-pakar motivasi terus meningkatkan inisiatif untuk merencana berbagai program dan modul bagi mencari formula untuk menangani masalah tekanan emosi dalam jiwa insan khususnya di peringkat remaja yang terdiri dari pelajar sekolah menengah, matrikulasi mahupun institiut pengajian tinggi. Bermula di peringkat baligh, remaja akan menghadapi pelbagai perubahan dalaman dan fizikal yang mewujudkan suasana membentuk kendiri dan karakter diri. Justeru tidak lain tidak bukan, agamalah yang menjadi tunjang bagi pembentukan diri rohani dan jasmani di atas landasan yang benar. Islam sebagai ad-deen atau sistem cara hidup yang dicipta khas oleh Allah swt untuk membimbing manusia membina diri mengikut acuan yang ditetapkan oleh Allah swt. Bimbingan Allah swt dalam AL-Quran dalam surah Ali Imran :
“Sesungguhnya ad-deen atau cara hidup yang diterima di sisi Allah swt hanyalah Islam”
Sekiranya remaja tersalah dengan mengambil sistem panduan hidup selain Islam dan tidak berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah maka itulah yang terhasil masalah tekanan emosi, maksiat, perzinaan, penagihan dadah, bunuh diri dan sebagainya. Contoh-contoh program yang boleh dimanafaatkan oleh remaja bagi mencari dan mengenali diri mereka sendiri adalah dengan mereka mengenal penciptanya iaitu Allah swt. ‘Penghayatan dan pengamalan terhadap keyakinan dan hubungan kita dengan Allah swt melalui mengenal Allah swt dengan mata hati menyebabkan kita cinta padaNya, tunduk padaNya dan beramal kepadaNya bermula dengan perlaksanaan total rukun Iman, dan Islam yang menghasilkan pengabdian yang hakiki kepada Allah swt dalam setiap detik dan ruang lingkup kehidupan.
Hati yang redha, ikhlas dan sentiasa bersyukur kepada Allah swt akan sendirinya memadam rasa tekanan dalam jiwa kerana keyakinan akan bantuan Allah swt, redha dalam setiap taqdirNya dan ada hikmah di sebalik semua kejadian. Kesan positifnya ialah remaja akan mampu mengawal diri dari emosi kerana mereka yakin bahawa setiap amalan baik akan diberi ganjaran pahala oleh Allah swt dan amalan jahat akan di beri dosa. Namun sifat pemurah Allah swt, setiap dosa pula akan terhapus dengan taubat. Apabila setiap remaja memahami hakikat ini, InsyaAllah mereka tidak akan stress atau menghadapi tekanan emosi atau apa saja bentuk tekanan, insyaAllah.

Aura Positif Ibubapa Asas Pembinaan Jambatan Kasih Anak
Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu menyumbang dalam usaha menangani masalah tekanan yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sesungguhnya setiap anak itu adalah amanah yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada mereka. Malah, ibu bapa harus dan wajib untuk memegang amanah ini dan perlu melaksanakan tanggung jawab mereka seperti yang mereka pernah janjikan sebelum anak-anak mereka dilahirkan lagi. Janji yang merangkumi didikan dan juga bimbingan untuk menghasilkan seorang individu yang dapat menyumbang kepada keluarga, agama dan juga negara. Dalam usaha ini, ibu bapa perlu mengambil berat tentang semua perkembangan anak-anak mereka sama ada mereka mempunyai masalah yang ingin dikongsi bersama atau mereka mempunyai sesuatu perkara yang ingin diluahkan. Pada tahap umur menjangkau remaja, ibu bapa perlu memainkan peranan sebagai seorang kawan disamping ibu dan bapa. Dalam sebuah hadis Rasulullah saw berpesan kepada umatnya :
“Apabila amanah diabaikan orang, tunggulah waktu kehancuran (hari kiamat).”
Pesanan Sayyidina Ali r.a ” Hendaklah kamu didik anak mengikut peringkat umurnya. Umur 0 hingga 6 tahun kamu bina iman dan akhlaq anak dengan belaian kasih sayang. Pada usia 7 hingga 14 tahun, anak dididik dan dibimbing oleh seorang ayah dan ibu sebagaimana seorang guru mendidik. Ibubapa dibenarkan oleh Islam untuk menggunakan rotan dalam mendidik anak-anak melalui pesanan Rasulullah saw yang membenarkan penggunaan rotan sekiranya tidak berjaya mendapat ketaatan anak-anak untuk menunaikan tanggungjawab solat kepada Allah swt pada usia 10 tahun. Sementara ketika anak berumur 14 hingga 21 tahun, ibubapa digalakkan untuk membina perhubungan kasih sayang, suasana percaya mempercayai di antara ibubapa dan anak-anak ibarat sebagai kawan. Suasana perkongsian, budaya tegur menegur berhikmah, tukar fikiran dan menjadikan ibubapa tempat rujuk yang ketiga selepas Allah swt dan RasulNya dalam setiap aspek kehidupan yang berpandukan kepada AL-Quran dan Sunnah RasulNya adalah merupakan suasana yang perlu ibubapa wujudkan dalam hidup anak-anak remaja. Apabila keikhlasan ibubapa terpahat kukuh dalam jiwa untuk membimbing dan mendidik anak-anak dengan belaian kasih sayang, aura positif itu akan menusuk lembut ke hati anak-anak yang akan menggerakkan seluruh jiwa anak-anak untuk menerima segala tunjuk ajar itu. Kegagalan ibubapa melengkapkan diri dengan kepakaran asas ini dan keegoan ibubapa untuk memahami naluri perubahan anak-anak khususnya peringkat remaja yang merupakan transisi umur kanak-kanak dan dewasa, mengakibatkan tekanan emosi remaja yang sentiasa cuba memberontak dalam jiwa remaja kerana mereka mahu difahami dan didengari luahan hati mereka untuk dibimbing ke jalan yang membimbing naluri ke fitrah ciptaan Allah swt. Apabila ibubapa terlepas peringkat umur ini dan tidak dirawati dengan method yang sepatutnya, maka tunggulah masa ibubapa akan melihat kerosakan akhlaq atau yang paling hebat sekali apabila mereka kehilangan anak yang menjadi penyejuk mata. Malah apa yang akan mereka perolehi adalah anak-anak yang bermasalah. Anak-anak remaja ini sebenarnya mereka tidak mahu jadi begitu, tapi mereka tiada panduan hidup. Justeru, ibubapa, tolonglah kami anak-anak remaja untuk mencari jalan kebenaran yang menenangkan jiwa kami dan ibubapa. Kami ingin menjadi permata hati ibu ayah.
Usapan Tangan Tanda Kasih Ayah Membina Keyakinan Anak

”Sayang, anak ayah, mari nak, dah lama ayah tak usap kepala kau,” kata ayah amat sayu sambil mengajak aku berbaring bertemu kepala dengannya dan emak semasa rehat tengahari di rumah. MasyaAllah, rasa bertuah sungguh saya pada ketika itu sambil menitiskan airmata gembira mendengar lafazan dan usapan kasih sayang seorang ayah.. Sejak hari itu ayah sentiasa mengusap dan mencium kepala setiap kali saya pulang menziarahinya atau kami bertemu dan berpisah. Saya merasa bersyukur kehadrat Allah swt kerana dikurniakan ibu dan ayah yang amat menyayangi kami adik beradik. Bimbingan rohani dan jasmani sentiasa diseimbangkan berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Kami adik beradik merasakan mereka adalah sebahagian dari kami dan begitu juga kami melihat diri kami juga adalah salah satu unsur yang amat penting dalam hidup mereka. Ibu adalah merupakan madrasah pertama kami dan kemurnian kasih ayah terus mengiringi tumbesaran kami untuk menjadi ‘Quratul ‘Ain’ atau penyejuk mata mereka dunia akhirat. Hanya doa kami kepada Allah swt buat mereka berdua, kerana kami tidak dapat membalas keikhlasan dan kebaktian ummi dan baba yang tidak pernah jemu menabur kasih sayang dan bimbingan kepada kami dalam meniti kehidupan yang penuh pancaroba ini. Kami sambut perintah Allah swt kepada kita semua untuk melakukan kebaktian dan doa kepada kedua ibubapa kita dalam Surah Al-Israa’ : 24.
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.
Mereka juga menanamkan kasih sayang itu terhadap kawan-kawan saya dan sesiapa sahaja yang menyerahkan diri mereka untuk disayangi dan dibimbing oleh mereka. Ibu yang mendidik kami dengan limpahan kasih sayang disebalik ketegasannya, dilengkapi dengan belaian dan usapan kasih sayang seorang ayah di atas dasar didikan rabbani(ketauhidan kepada Allah sawt), kami tidak akan lupakan sebaliknya akan kami perturunkan kepada generasi kami akan datang. Ummi dan baba merupakan teman seperjuangan kami di dunia dan akhirat. Doa kami agar ummi dan baba tidak menghadapi tekanan dalam melayani karenah kami. Terima kasih ummi baba kerana sabar dan sentiasa berada di sisi kami selepas Allah swt dan RasulNya. Maafilah kami sekiranya kami ada melakukan pemberontakan kerana kami gagal mengawal tekanan emosi kami dulu, kini dan selamanya. Sesungguhnya kami bersyukur kerana dilahirkan hasil pernikahan ummi dan baba yang dipertemukan Allah swt di bumi Allah swt yang memerlukan bimbingan tauhid bagi menangani masalah ummahnya iaitu bumi Amerika Syarikat.
Taubat Dan Kemaafan Penghapus Tekanan
Nasihatku kepada sahabat-sahabat remaja, bertaubatlah kepada Allah swt di atas kesilapanmu yang lalu. Maafilah ibubapamu yang mungkin telah teralpa mendidikmu. Bersabarlah dengan didikan ibu bapa kita kerana apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan kita dunia dan akhirat. Mereka sayang kita sebenarnya. Sekiranya mereka biarkan kita lakukan ikut suka tanpa batasan dan larangan itu sebenarnya yang akan membawa kerosakan. Kadangkala mereka tidak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk mereka tunjukkan kasih sayang mereka kepada kita, oleh itu maafkanlah mereka. Doakanlah mereka agar Allah swt sentiasa memelihara mereka lebih baik daripada apa yang mereka lakukan kepada kita sejak kita kecil. Berbaktilah kepada kedua ibubapa kita selagi hayat mereka ada dan setelah mereka kembali kepada Allah swt kerana salah satu yang dapat membantu mereka di dalam kubur adalah doa dari anak yang soleh. Semoga taubat sebagai tanda kembali kepada Tuhanmu serta kemaafan kepada kealpaan ibubapamu akan menghapuskan tekanan emosimu. Pertingkatkan keredhaanmu dan kesyukuranmu terhadap susunan Allah swt. Salah satu tanda kita bersyukur kepada Allah swt adalah kita berterimakasih kepada kedua ibubapa kita. Firman Allah swt dalam surah Luqman : 14 yang berbunyi :
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun[1180]. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

Intiha, dapat disimpulkan bahawa keperluan fizikal dan juga keperluan rohani kedua-duanya memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan seseorang pelajar terutama pelajar remaja. Dengan pengawalan emosi yang baik dan penyerahan kepada Tuhan merupakan satu cara yang efektif dan harus diamalkan bagi mengendalikan tekanan yang menggunung. Tanggung jawab sebagai ibu bapa dan juga tempat luahan masalah perlu dilaksanakan dan dipraktikkan bagi membendung masalah para remaja yang mempunyai emosi yang tidak seimbang dan pemikiran yang cetek. Justeru, setiap individu yang terlibat harus memainkan peranan masing-masing kerana sesungguhnya, para remaja ini boleh menjadi arus yang merubah keadaan yang sedia ada kepada yang lebih baik di masa hadapan.





Roh Ramadhan – Membakar Semangat Juang, Menyuci Jiwa, Menyinar Hati, Membersih Darah Dari Pancaran Syaitan

2 09 2009

’Mata hati seorang pejuang’

Matamu bagai kumpuan seekor lebah
Mata hati mencerna segala pandangan
Mengalir madu barokah
Penawar penyakit jiwa
Insan yang dambakan rawatan

Penguat tenaga
Penggunung semangat
Peluas pengorbanan
Penapis keikhlasan
Kader perjuangan
Tulang belakang utuh
Namun longlai dalam sujud dan ruku’
Ubudiyyah pada Maliknya

Tegar memegang amanah
Jujur tuturkata
Diam penuh makna
Rentak langkah yakin
Mengorak pelan da’wah
Tanpa mengenal erti
putus asa, istirehat atau undur
Kerana tiada perkataan ’merajuk’ dalam kamus da’wahnya

Setiap pintu hati yang dilewatinya
Akan diketuk penuh sopan
Ada hentakan! Dentuman! Tutupan jendela
Namun dia tetap berdiri
Menanti sabar,
Kelembutan hati insan
Membuka hati
untuk disirami
Nur islami…
Nur Iman…
Nur hidayah…
Nur Taufiq
Merentas benteng nafsu
Hingga terserlah sinar FITRAH!

Alhamdulillah
Butiran permata
Setelah mendapat sentuhan Muttaqin
Berkilauan berkelipan
Masuk ke tengah gelanggang
Kancah pentas masyarakat
Membuka bejana hati
Akur pada Ilahi
Sebagai ’abid dan khalifah
Melahirkan butiran permata bersinar
Bergelar….
Jundullah
Mujaddid
Mujtahid
Nyawa dan darah suci adalah
Mahar untuk dipersembah pada Allah
Kekasih abadi
Bukti tautan cinta haqiqi

Tersergam indah
Mahligai di tengah syurga
Kilauan memukau
Cukup dicemburui
Seluruh warga jannatulfirdausi
Anugerah kabir Ilahi
Untuk permata hatiNya
Insan du’at mukhlisin
Pendokong risalah anbiya’
Sepanjang zaman
Hingga qiamat menjadi penutup kalam

Ikatan Bai’ah Ridwan
Menjadi Ijab Kabul
Antara Insan dan Khaliq
Hamba….bernama
Attaaibun…
Al’aabiduun..
Al-Haamiduun..
As-Saaihuun….
Ar-rooki’uun
As-saajiduun..
Al-aamiru bil ma’aruuf..
An-naahunal’anilmungkar
Al-haafizuuna li hududillah
Ahibbukumfillah….
Akhirulkalam….
Bergembiralah insan mu’minin bersama Ilahnya.
Allahurabbul jalil
Di taman Firdausi.





Tarbiyah Madrasah Ramadhan

29 07 2009

{Puasa 30 hari ramadhan + 6 hari puasa syawal + (3/30 + 2/7 puasa sunat} + {qiamulail + tilawah + zikrullah} = 365 hari Istiqamah(‘abid Allah swt + Khalifah Allah swt)

Hikmah peristiwa ramadhan : Bekalan amal untuk 11 bulan yang akan datang.

1. Diturunkan AL-Quran

  • Kitab yang penuh hikmah, petunjuk dan rahmat bagi orang2 yang berbuat baik(muhsinin) – Luqman : 1
  • Didengari => dibaca => dihafal => dipelajari => difahami => diamalkan => diajarkan => diperjuangkan

2. Turunnya perintah JIHAD = kemuncak pengorbanan

  • Perjuangkan kalimah Laailahaillallah dengan pertarungan darah dan nyawa

3. Lailatul Qadr = bonus pahala amalan soleh 1000 bulan

  • Menguji keikhlasan beramal kepada Allah swt – hamba@pedagang@mukhlisin
  • Ganjaran besar yang berterusan dari Pencipta kepada hambaNya yang mencintaiNya dan dicintaiNya

4. Kelahiran insan yang kembali kepada fitrah seorang hamba

5. Sucikan diri dari 3 kategori manusia yang menerima kecelakaan :

  • Celakalah orang yang selepas dan sebelum ramadhannya sama saja
  • Celakalah orang yang mengabaikan ibubapanya yang sudah tua
  • Celakalah orang yang hari ini sama@lebih buruk dari semalam
2. Al Baqarah
185. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.




TAQWA -PESANAN ALLAH SWT, PARA ANBIYA’, PARA SAHABAT DAN SALAFUSSOLEH

19 02 2009

TAQWA – Pesanan yang agung, sangat penting dan merangkumi segala haq Allah swt dan haq para hambaNya.

Taqwa : Seorang hamba meletakkan pelindung yang dapat melindungi dirinya daripada kemarahan, kemurkaan dan balasan seksa ALlah swt yang dia takuti dengan melakukan ketaatan kepada ALlah swt dan menjauhi laranganNya.

Pesanan Allah swt kepada umat terdahulu dan terkemudian :

“Dan demi sesungguhnya Kami telah berpesan(memerintahkan) orang2 yang telah diberikan kitab sebelum kamu dan juga memerintahkan kamu, bahawa hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah swt” An-Nisa’ : 131

Pesanan Nabi saw kepada umatnya :

“Diriwayatkan dari Abu Zarr dan Mu’az b Jabal r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

“Bertaqwalah kepada ALlah swt di mana sahaja kamu berada. Susulilah perbuatan dosa dengan amalan baik, nescaya amalan baik itu akan memadamkannya. Bergaullah dengan manusia dengan akhlaq yang baik” Riwayat Tarmizi.

Pesanan Nabi saw kepada seorang ketua bersama satu sariyyah(kumpulan tentera yang tidak disertai oleh nabi saw),

Baginda saw berpesan kepada ketua tentang dirinya sendiri secara khusus, agar bertaqwa kepada ALlah swt dan berpesan kepadanpya tentang tentera Islam yang bersamanya, agar berbuat baik kepada mereka.

Pesanan Nabi saw kepada orang ramai semasa khutbah Eidul Adha ketika Haji Wida’ :

“Bertaqwalah kamu kepada ALlah swt, serta dengar dan taat kepada para pemimpin kamu”

Pesanan para salafussoleh  kepada sesama mereka :

1. Abu Bakr r.a berpesan kepada Saidina ‘Umar AL-Khattab ketika beliau melantik Umar sebagai khalifah sebelum kematian beliau :

“Bertaqwalah kepada Allah swt, wahai ‘Umar”

2. ‘Umar menulis surat kepada anaknya Abdullah ‘umar dengan berkata :

“Adapun selepas itu, sesungguhnya saya berpesan kepada kamu supaya kamu bertaqwa kepada Allah azza wajalla, kerana sesungguhnya sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya ALlah swt akan memeliharanya.  Sesiapa yang memberi pinjaman kepada ALlah swt dengan beriman dan beramal soleh, ALlah swt akan membalasnya.  Sesiapa yang bersyukur kepada ALlah swt, pasti Allah swt akan menambah nikmat kepadanya.  oleh itu jadikanlah taqwa di hadapan mata ku (sebagai tumpuan utama kamu) dan penggilap hatimu.

Pesan Khalifah Umar b Abdul Aziz berpesan kepada seorang lelaki dalam suratnya :

“Saya berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah swt, yang mana Allah swt tidak akan menerima melainkan taqwa. Dia tidak akan mengasihani melainkan ahli taqwa. Dia juga tidak akan memberi pahala melainkan berdasarkan taqwa. Sesungguhnya orang yang mengingatkan tentang taqwa itu ramai, sedangkan yang mempraktikkannya cuma sedikit, Semoga ALlah swt memasukkan saya dan juga kamu dalam golongan yang bertaqwa”

Pesanan tabiin kepada muridnya apabila dikatakan kepadanya ,”Berilah pesanan kepada kami : “Saya berpesan kepada kamu semua dengan penghujung surah AN-Nahl :

“Sesungguhnya Allah swt bersama dengan menolong orang2 yang bertaqwa dan orang2 yang bersifat ihsan (dengan sabar dan taat)” An-Nahl : 128

Jadikan tabiat berpesan sesama insan dengan taqwa dan amal soleh,


 





HIDUP MULIA @ MATI SYAHID

5 02 2009

“Oleh itu, orang2 yang beriman yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah swt untuk membela Islam.  Dan sesiapa yang berperang pada jalan ALlah swt lalu ia mati(gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar ” – Surah An-Nisaa’ : 74

Perang di laut yang ganjarannya berlipat ganda berbanding perang di darat.

Perang di laut yang ganjarannya berlipat ganda berbanding perang di darat.

Sejarah kegemilangan Islam bermula dari peperangan Badar.  Kata-kata semangat yang ditanam oleh Rasulullah saw  dan para tabiin kepada para sahabat hingga Islam menjadi guru dunia – ‘Ustaziatul’alam’ – “Islam – New World Order”.

Awal Peperangan Badar :

Abu Hurairah r.a berkata :

“Suatu ketika Rasulullah saw dan para sahabat baginda berangkat hingga berjaya tiba lebih awal di Badar daripada pihak musyrikin.  Apabila musyrikin tiba Rasulullah saw bersabda : ‘Bangkitlah menuju syurga yang luasnya seluas langit2 dan bumi.  Umair bin Al-Hammam berkata : ‘ Hebat!, hebat!, lalu Rasulullah saw bertanya : ‘ Kenapa engkau berkata hebat, hebat. Umair menjawab : ‘Wahai Rasulullah, demi Allah swt hanya kerana saya mengharapkan saya menjadi penghuninya.  Baginda bersabda : ‘ Engkau salah seorang penghuninya’ Kata periwayat, lalu Umair mengeluarkan tamar-tamar yang ada pada sarung busurnya dan terus makan.  Kemudian dia berkata : ‘masih ada masa untuk saya makan semua tamar ini, alangkah lamanya hidup ini.  Lantas dia melemparkan tamar itu dan terus memerangi musyrikin hingga dia terbunuh.” Riwayat Muslim

Peperangan Menentang Rom

Abu Umran berkata :

Suatu ketika kami berada di kota Rom.  Mereka tentera Rom keluar berhadapan dengan kami dalam angkatan yang sangat besar.  Umat islam juga keluar berhadapan dengan kekuatan yang standing malah lebih ramai.  Uqbah bin Umair memimpin penduduk mesir dan Fudalah bin Ubaid menjadi pemerintah tertinggi tentera Islam.  Suatu ketika seorang lelaki di kalangan tentera Islam merempuh barisan tentera Rom dan berjaya masuk di tengah mereka.  Orang ramai berteriak dan berkata : ‘ Maha suci Allah, dia mengundang padah.  Lalu Abu Ayub Al-Ansari berdiri dan berkata : ‘Wahai sekelian manusia, kamu mentafsirkan ayat ini kepada makna  itu.  Ayat ini sebenarnya turun kepada  kami golongan Ansar. Ketika itu Allah swt telah menjadikan Islam ini dihormati dan penganutnya semakin ramai. Secara diam2 kami berkata antara satu sama lain tanpa diketahui oleh Rasulullah saw : Harta kita sudah lenyap. Kini Allahs wt telah menjadikan Islam ini dihormati dan penganutnya semakin ramai.  Apa kata kalau kita kumpul dan kembangkan harta kita semula.  lalu ALlahs wt menurunkan wahyu kepada NabiNya menjawab kata-kata kami itu ; “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dengan ebrsikap bakhil” Surah Al-Baqarah : 195. 

Kebinasaan sebenarnya ialah sibuk mencari dan melonggokkan harta serta meninggalkan peperangan. Abu Ayub terus berada di jalan ALlah swt hingga dia dikebumikan di bumi Rom“.  Riwayat Tarmidzi.

Rasulullah saw bersabda :

“Orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah terlintas di hatinya untuk berperang dia mati dalam keadaan nifaq” Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.





SYAHID ATAU ISLAM MENANG SEBAGAI GURU DUNIA

30 01 2009