TAQWA -PESANAN ALLAH SWT, PARA ANBIYA’, PARA SAHABAT DAN SALAFUSSOLEH

19 02 2009

TAQWA – Pesanan yang agung, sangat penting dan merangkumi segala haq Allah swt dan haq para hambaNya.

Taqwa : Seorang hamba meletakkan pelindung yang dapat melindungi dirinya daripada kemarahan, kemurkaan dan balasan seksa ALlah swt yang dia takuti dengan melakukan ketaatan kepada ALlah swt dan menjauhi laranganNya.

Pesanan Allah swt kepada umat terdahulu dan terkemudian :

“Dan demi sesungguhnya Kami telah berpesan(memerintahkan) orang2 yang telah diberikan kitab sebelum kamu dan juga memerintahkan kamu, bahawa hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah swt” An-Nisa’ : 131

Pesanan Nabi saw kepada umatnya :

“Diriwayatkan dari Abu Zarr dan Mu’az b Jabal r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

“Bertaqwalah kepada ALlah swt di mana sahaja kamu berada. Susulilah perbuatan dosa dengan amalan baik, nescaya amalan baik itu akan memadamkannya. Bergaullah dengan manusia dengan akhlaq yang baik” Riwayat Tarmizi.

Pesanan Nabi saw kepada seorang ketua bersama satu sariyyah(kumpulan tentera yang tidak disertai oleh nabi saw),

Baginda saw berpesan kepada ketua tentang dirinya sendiri secara khusus, agar bertaqwa kepada ALlah swt dan berpesan kepadanpya tentang tentera Islam yang bersamanya, agar berbuat baik kepada mereka.

Pesanan Nabi saw kepada orang ramai semasa khutbah Eidul Adha ketika Haji Wida’ :

“Bertaqwalah kamu kepada ALlah swt, serta dengar dan taat kepada para pemimpin kamu”

Pesanan para salafussoleh  kepada sesama mereka :

1. Abu Bakr r.a berpesan kepada Saidina ‘Umar AL-Khattab ketika beliau melantik Umar sebagai khalifah sebelum kematian beliau :

“Bertaqwalah kepada Allah swt, wahai ‘Umar”

2. ‘Umar menulis surat kepada anaknya Abdullah ‘umar dengan berkata :

“Adapun selepas itu, sesungguhnya saya berpesan kepada kamu supaya kamu bertaqwa kepada Allah azza wajalla, kerana sesungguhnya sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya ALlah swt akan memeliharanya.  Sesiapa yang memberi pinjaman kepada ALlah swt dengan beriman dan beramal soleh, ALlah swt akan membalasnya.  Sesiapa yang bersyukur kepada ALlah swt, pasti Allah swt akan menambah nikmat kepadanya.  oleh itu jadikanlah taqwa di hadapan mata ku (sebagai tumpuan utama kamu) dan penggilap hatimu.

Pesan Khalifah Umar b Abdul Aziz berpesan kepada seorang lelaki dalam suratnya :

“Saya berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah swt, yang mana Allah swt tidak akan menerima melainkan taqwa. Dia tidak akan mengasihani melainkan ahli taqwa. Dia juga tidak akan memberi pahala melainkan berdasarkan taqwa. Sesungguhnya orang yang mengingatkan tentang taqwa itu ramai, sedangkan yang mempraktikkannya cuma sedikit, Semoga ALlah swt memasukkan saya dan juga kamu dalam golongan yang bertaqwa”

Pesanan tabiin kepada muridnya apabila dikatakan kepadanya ,”Berilah pesanan kepada kami : “Saya berpesan kepada kamu semua dengan penghujung surah AN-Nahl :

“Sesungguhnya Allah swt bersama dengan menolong orang2 yang bertaqwa dan orang2 yang bersifat ihsan (dengan sabar dan taat)” An-Nahl : 128

Jadikan tabiat berpesan sesama insan dengan taqwa dan amal soleh,


 

Advertisements




HIDUP MULIA @ MATI SYAHID

5 02 2009

“Oleh itu, orang2 yang beriman yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah swt untuk membela Islam.  Dan sesiapa yang berperang pada jalan ALlah swt lalu ia mati(gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar ” – Surah An-Nisaa’ : 74

Perang di laut yang ganjarannya berlipat ganda berbanding perang di darat.

Perang di laut yang ganjarannya berlipat ganda berbanding perang di darat.

Sejarah kegemilangan Islam bermula dari peperangan Badar.  Kata-kata semangat yang ditanam oleh Rasulullah saw  dan para tabiin kepada para sahabat hingga Islam menjadi guru dunia – ‘Ustaziatul’alam’ – “Islam – New World Order”.

Awal Peperangan Badar :

Abu Hurairah r.a berkata :

“Suatu ketika Rasulullah saw dan para sahabat baginda berangkat hingga berjaya tiba lebih awal di Badar daripada pihak musyrikin.  Apabila musyrikin tiba Rasulullah saw bersabda : ‘Bangkitlah menuju syurga yang luasnya seluas langit2 dan bumi.  Umair bin Al-Hammam berkata : ‘ Hebat!, hebat!, lalu Rasulullah saw bertanya : ‘ Kenapa engkau berkata hebat, hebat. Umair menjawab : ‘Wahai Rasulullah, demi Allah swt hanya kerana saya mengharapkan saya menjadi penghuninya.  Baginda bersabda : ‘ Engkau salah seorang penghuninya’ Kata periwayat, lalu Umair mengeluarkan tamar-tamar yang ada pada sarung busurnya dan terus makan.  Kemudian dia berkata : ‘masih ada masa untuk saya makan semua tamar ini, alangkah lamanya hidup ini.  Lantas dia melemparkan tamar itu dan terus memerangi musyrikin hingga dia terbunuh.” Riwayat Muslim

Peperangan Menentang Rom

Abu Umran berkata :

Suatu ketika kami berada di kota Rom.  Mereka tentera Rom keluar berhadapan dengan kami dalam angkatan yang sangat besar.  Umat islam juga keluar berhadapan dengan kekuatan yang standing malah lebih ramai.  Uqbah bin Umair memimpin penduduk mesir dan Fudalah bin Ubaid menjadi pemerintah tertinggi tentera Islam.  Suatu ketika seorang lelaki di kalangan tentera Islam merempuh barisan tentera Rom dan berjaya masuk di tengah mereka.  Orang ramai berteriak dan berkata : ‘ Maha suci Allah, dia mengundang padah.  Lalu Abu Ayub Al-Ansari berdiri dan berkata : ‘Wahai sekelian manusia, kamu mentafsirkan ayat ini kepada makna  itu.  Ayat ini sebenarnya turun kepada  kami golongan Ansar. Ketika itu Allah swt telah menjadikan Islam ini dihormati dan penganutnya semakin ramai. Secara diam2 kami berkata antara satu sama lain tanpa diketahui oleh Rasulullah saw : Harta kita sudah lenyap. Kini Allahs wt telah menjadikan Islam ini dihormati dan penganutnya semakin ramai.  Apa kata kalau kita kumpul dan kembangkan harta kita semula.  lalu ALlahs wt menurunkan wahyu kepada NabiNya menjawab kata-kata kami itu ; “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dengan ebrsikap bakhil” Surah Al-Baqarah : 195. 

Kebinasaan sebenarnya ialah sibuk mencari dan melonggokkan harta serta meninggalkan peperangan. Abu Ayub terus berada di jalan ALlah swt hingga dia dikebumikan di bumi Rom“.  Riwayat Tarmidzi.

Rasulullah saw bersabda :

“Orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah terlintas di hatinya untuk berperang dia mati dalam keadaan nifaq” Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.