TAQWA -PESANAN ALLAH SWT, PARA ANBIYA’, PARA SAHABAT DAN SALAFUSSOLEH

19 02 2009

TAQWA – Pesanan yang agung, sangat penting dan merangkumi segala haq Allah swt dan haq para hambaNya.

Taqwa : Seorang hamba meletakkan pelindung yang dapat melindungi dirinya daripada kemarahan, kemurkaan dan balasan seksa ALlah swt yang dia takuti dengan melakukan ketaatan kepada ALlah swt dan menjauhi laranganNya.

Pesanan Allah swt kepada umat terdahulu dan terkemudian :

“Dan demi sesungguhnya Kami telah berpesan(memerintahkan) orang2 yang telah diberikan kitab sebelum kamu dan juga memerintahkan kamu, bahawa hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah swt” An-Nisa’ : 131

Pesanan Nabi saw kepada umatnya :

“Diriwayatkan dari Abu Zarr dan Mu’az b Jabal r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

“Bertaqwalah kepada ALlah swt di mana sahaja kamu berada. Susulilah perbuatan dosa dengan amalan baik, nescaya amalan baik itu akan memadamkannya. Bergaullah dengan manusia dengan akhlaq yang baik” Riwayat Tarmizi.

Pesanan Nabi saw kepada seorang ketua bersama satu sariyyah(kumpulan tentera yang tidak disertai oleh nabi saw),

Baginda saw berpesan kepada ketua tentang dirinya sendiri secara khusus, agar bertaqwa kepada ALlah swt dan berpesan kepadanpya tentang tentera Islam yang bersamanya, agar berbuat baik kepada mereka.

Pesanan Nabi saw kepada orang ramai semasa khutbah Eidul Adha ketika Haji Wida’ :

“Bertaqwalah kamu kepada ALlah swt, serta dengar dan taat kepada para pemimpin kamu”

Pesanan para salafussoleh  kepada sesama mereka :

1. Abu Bakr r.a berpesan kepada Saidina ‘Umar AL-Khattab ketika beliau melantik Umar sebagai khalifah sebelum kematian beliau :

“Bertaqwalah kepada Allah swt, wahai ‘Umar”

2. ‘Umar menulis surat kepada anaknya Abdullah ‘umar dengan berkata :

“Adapun selepas itu, sesungguhnya saya berpesan kepada kamu supaya kamu bertaqwa kepada Allah azza wajalla, kerana sesungguhnya sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya ALlah swt akan memeliharanya.  Sesiapa yang memberi pinjaman kepada ALlah swt dengan beriman dan beramal soleh, ALlah swt akan membalasnya.  Sesiapa yang bersyukur kepada ALlah swt, pasti Allah swt akan menambah nikmat kepadanya.  oleh itu jadikanlah taqwa di hadapan mata ku (sebagai tumpuan utama kamu) dan penggilap hatimu.

Pesan Khalifah Umar b Abdul Aziz berpesan kepada seorang lelaki dalam suratnya :

“Saya berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah swt, yang mana Allah swt tidak akan menerima melainkan taqwa. Dia tidak akan mengasihani melainkan ahli taqwa. Dia juga tidak akan memberi pahala melainkan berdasarkan taqwa. Sesungguhnya orang yang mengingatkan tentang taqwa itu ramai, sedangkan yang mempraktikkannya cuma sedikit, Semoga ALlah swt memasukkan saya dan juga kamu dalam golongan yang bertaqwa”

Pesanan tabiin kepada muridnya apabila dikatakan kepadanya ,”Berilah pesanan kepada kami : “Saya berpesan kepada kamu semua dengan penghujung surah AN-Nahl :

“Sesungguhnya Allah swt bersama dengan menolong orang2 yang bertaqwa dan orang2 yang bersifat ihsan (dengan sabar dan taat)” An-Nahl : 128

Jadikan tabiat berpesan sesama insan dengan taqwa dan amal soleh,


 

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: