Inilah Saya, anda siapa? HAB

22 11 2009

<p>بسم الله الرحمن الرحيم

Sidang pembaca yang dirahmati Allah swt, sesungguhnya anda adalah hamba Allah swt yang terpilih di sisiNya.

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah swt untuk berjuang membela Islam, maka di antara mereka ada yang telah selesai menunaikan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran : dan mereka pula tidak mengubah apa yang mereka janjikan itu sedikitpun.” Surah Al-Ahzab : 23

“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru : Sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk ALlah swt tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerah diri.

Inilah saya, anda pula siapa?” As-syahid  Imam Hassan Al-Banna

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih  – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) Ash-Shams : 9-10

Ad-deen Islam membangun melalui jihad generasi silam yang berlandaskan asas-asas yang kukuh iaitu keimanan kepada Allah swt, mengenepikan kesenangan hidup yang sementara  kerana mengutamakan kehidupan yang kekal abadi, berkorban dengan darah, nyawa dan harta demi menegakkan kebenaran, cintakan mati pada jalan Allah swt dan semua ini didahului dengan berlandaskan pimpinan Al-Quran al-karim.

Janganlah kamu berputus asa kerana ia bukan sifat orang Islam. kenyataan hari ini adalah impian semalam dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Masa masih panjang dan anasir-anasir yang baik dan kuat masih ada dalam diri ummah kamu yang beriman walau bagaimana dahsyat sekalipun kedurjanaan yang melanda. Orang yang lemah tidak selama-lamanya akan lemah sepanjang hidupnya. Manakala orang yang kuat tidak selamanya akan kuat.

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya. Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu. “ Al-Qasas : 5-6

Masa mencipta pelbagai peristiwa yang penting. peluang akan tiba untuk melakukan sesuatu yang besar. Dunia sedang menanti da’wah kita iaitu da’wah yang memimpin, membawa kejayaan dan kesejahteraan untuk membebaskan mereka daripada segala kepahitan yang mereka alami selama ini. Kini tiba gelaran kamu untuk memimpin ummah manusia.

Kamu mengharap Allah swt dan mereka tidak. bersedialah dan mulalah beramal hari ini kerana mungkin esok kamu tidak lagi berupaya.

Saya sampaikan pesanan buat mereka yang bersemangat di kalangan kamu supaya mereka bersabar dan menunggu pusingan masa.

Saya sampaikan pesanan kepada mereka yang tidak mahu bangkit dan beramal bahawa jihad ini tidak mengenal erti rehat.

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. “ Al-Ankabut : 69.

Sentiasalah mara ke hadapan. Allah Maha Besar dan segala pujian buat Allah swt.