“WAR ON GAZA(1430H) = GHAZWATUL AHZAB(5H)”

30 01 2009

LINTASAN SEJARAH

Doa kita untuk sahabat di Palestin semasa WAR ON GAZA = Madah Rasulullah saw semasa GHAZWATUL AHZAB (Hadith Bukhari dari Sahl bin Saad ):

Ya Tuhan!

Kami tiada penghidupan sebenarnya

kecuali penghidupan akhirat

Maafkanlah umat Palestin, umat Iraq, umat Afghanistan dan seluruh umat Islam

Jawablah sahabat Palestin dan seluruh umat Islam :

Kami berbai’ah dengan Muhammad

Untuk terus berjihad

selagi jiwa dikandung jasad

Ya Tuhanku!

Tanpa Kau kami tiada hidayat

Takkan kami bersedeqah dan bersolat

Turunkanlah ke atas kami KEMENANGAN

Tetapkan kaki kami di ketika PERJUANGAN

Keluarga sendiri melanggar kami

Kiranya mereka memfitnah, sedia kami menolaknya. (Nabi saw memanjangkan suaranya di akhir rangkap ini).

Ya Allah!

Penuhkanlah ke atas mereka(tentera ISRAEL DAN ZIONIS)

Di dalam rumah-rumah mereka

Dan kubur-kubur mereka dengan api

Sebagaimana mereka mengganggu kami dari menunaikan solat wusta hingga terbenam matahari                         (Doa Rasulullah saw ketika terluput waktu solat ‘asr sehingga terbenam matahari lantaran kesibukan mempertahankan serangan tentera bersekutu)

Sahabat Palestin :

Katakanlah ketika antum melihat tentera sekutu ISRAEL = kata-kata orang-orang mu’min ketika melihat parti bersekutu Ahzab yang dipamerkan oleh ALlah swt di dalam surah AL-Ahzab : 22

“Dan tatkala orang-orang mu’min melihat golongan2 yang bersekutuitu, mereka berkata : ‘ Inilah yang dijanjikan oleh Allah swt dan RasulNya kepada kita dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali Iman dan Ketundukan”

Ingatlah di antara kamu sekiranya ada golongan munafiqun – Ketika inilah akan terserlah kelemahan jiwa mereka, hati-hati mereka semakin bergoncang kerana mereka berpenyakit dalam hati dan Allah membuka pekung di dada mereka dengan merakamkan kata-kata mereka dalam Surah Al-Ahzab : 12.

“Dan ingatlah  ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata : ‘Allah swt dan RasulNya tidak menjanjikan apa-apa kepada kami melainkan tipu daya'”

Sahabat Pejuang Palestin : Ketika antum melepaskan tembakan/serangan terhadap tentera sekutu ISRAEL katakanlah  = apa yang dikatakan Rasulullah saw ketika mengetuk batu pejal yang menghalang usaha menggali khandaq.

Tembakan 1 :

“Bismillah. Ketukan sambil berkata -‘Allahu Akbar, daku telah diberi anak-anak kunc negeri al-Syam, demi Allah daku sedang menyaksi istana-istana yang berwarna merah itu.

Tembakan 2 :

Allahu Akbar, kini daku diberi kunci Parsi, demi Allah sesungguhnya daku melihat istana madain yang berwarna putih.

Tembakan 3 :

Bismillah. Allahu Akbar, kini  daku diberi kunci2 negeri al-Yaman, demi Allah swt sekarang ini daku sedang melihat pintu besar kota san’a.

GHAZWATUL AHZAB :

YAHUDI =>  QURAISY + KINANAH + PENDUDUK TIHAMAH(ABU SUFIAN) + BANU SALIM (DI MAR AL-ZAHRAN) +

KABILAH GHATAFAN + BANU FAZARAH (UYAINAH B HISN) + BANU MURRAH (AL-HARITH B AUF) + BANU ASYJA’ (MAS’AR B RAKHILAH) + BANU ASAD = 10,000 TENTERA > TENTERA + WARGA TUA + WANITA + KANAK-KANAK PENDUDUK MUSLIM MADINAH.

Tentera Sekutu – Quraisy, Yahudi dan kuncu-kuncunya mengepung MADINAH = Tentera ISRAEL -US Army dan kuncu-kuncunya dalam mengepung GAZA dalam “WAR ON GAZA

Strategi Pejuang Islam Palestin (HAMAS dan Pejuang Islam Palestin) = Strategi Rasulullah saw :

1. prihatin dan siap sedia

2. bertindak sesuatu kena pada tempat dan masanya

3.Pergantungan 100% kepada pertolongan Allah swt.

4.Berjuang berhabis2an melawan musuh ALlah swt hingga musuh – KAFIRUUN,MUSYRIKUN, YAHUDI(ISRAEL, ZIONIS) tersungkur mati atau kembali kepada AQIDAH TAUHID.

Firman Allah swt dalam surah Muhammad ayat 4 :

“Dengan yang demikian, apabila kamu bertemu dengan orang kafir(dalam perjuangan jihad) maka pancunglah lehernya sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya9serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya  Setelah selesai pertempuran itu, maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada tawanan perang itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang menimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar. Dan mereka yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan ALlah swt(mempertahankan agamaNya), maka Allah tidak sekali-kali akan mensia-siakan amalan mereka.

UMAT ISLAM PALESTIN – PEJUANG AD-DEEN ALLAH SWT – TERUSKAN PERJUANGAN. SABARLAH DALAM KETAATAN KEPADA ALLAH SWT. SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH SWT ITU DEKAT .

“MEREKA YANG KAFIR SERTA MENGHALANGI DIRINYA DAN ORANG LAIN DARI JALAN ALLAH SWT, ALLAH SWT SIA-SIAKAN SEGALA AMALAN MEREKA.” Surah Muhammad ; 1.

SYAHID @ MENANG.

Advertisements




Salam Ukhuwwah

9 07 2008

Salam ukhuwwah…

“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran.  Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan.  Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.  Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya.  Justeru dia berseru : Sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah swt Tuhan sekelian alam, tiada yang mempersekutuiNya.  Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Inilah saya, anda pula siapa? ”

Kenalilah Jalan Allah dengan melayari :

muqaddimah-fi-zilal-al-quran

tazkirah

Jalan Dakwah

Binalah diri untuk menjadi ‘abid Allah di malam hari dan rijal Allah di siang hari melalui timbaan ilmu dan bimbingan praktikal dengan melayari :

ghulamud-dawah

jihad-fisabilillah-asas-kedaulatan-ummah

Bimbingan al-fahmu dan praktikal membina keluarga muslim dengan melayari :

kursus-pra-perkahwinan-fasa-1

Akhir kalam,

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman, iaitu “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kami beriman.  Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang berbakti” Surah Ali-Imran : 193